Monday 19 September 2011

berjiwang sekejap...:)

jika benar dia lah cinta kamu peliharalah dia dengan sebaiknya..
jika dialah orang yg kamu sayang pedulikan apa yg orang kata..
jika dialah orang yg kamu rindu peliharalah hatimu agar kekal bersamanya..
cinta bukan hanya perasaan dari dua hati
ia juga merupakan perbuatan yg ikhlas dari dua hati bg mempamerkan cinta
tanpa mengenal erti kekerasan..
 :)

Sunday 18 September 2011

kenapa kamu tak boleh ?

saya xdapat bayangkan hidup saya tiada kamu..
saya xmampu lalui hidup ini tanpa kamu..
tapi saya mahukan masa depan yg lebih bahagia dgn kamu kelak..
tp kenapa kamu tak boleh?
xboleh berubah kah sedikit untuk saya?
saya sanggup untuk tunggu kamu
asalkan kamu dapat berubah untuk saya..
tp kenapa kamu xboleh?
ya ! saya akui yg saya benar2 BODOH..
bodoh sebab mengharapkan insan yg xpernah
mau berubah dan korbankan sedikit ego dalam memiliki saya..
saya harap setelah kamu baca apa yg saya coretkan
kamu dapat berubah walaupun sedikit..
jika bukan untuk saya tp untuk insan seterus saya..
saya akan menunggu kamu jika itu yg kamu mahu..
jika tidak saya undur diri :(

Friday 16 September 2011

mengapa ini harus terjadi ?

rasanya tak perlula aku bohong hati ni..
secara jujurnya memang aku masih sayangkan  dia
walaupun dia telah sakitkan ati dan diri aku..
tapi memikirkan nasihat dari rakan2
jesteru memikirkan masa depan
terpaksa juga aku buat keputusan ini..
entah bila akan aku dapat cinta yg sejati
dari seorang hamba Allah yg benar2 memerlukan aku..
xku sangka bukan kau orang yg terakhir yg akan aku cinta seterus menjadi
pedamping serta pemimpinku dimasa depan..
entah bagaimana hendak ku rawat lagi hati yg semakin sakit dan
perlukan seseowg disisiku..
ya Allah tolong la pulihkan hati ini..
agar aku dapat merintangi FINAL EXAM dengn teng..
mengapa masa ini cubaan ini datang padaku..
moga  apa yg terjadi pada ku kini ada hikmahnya..
kini kau orang yg kedua yg pernah aku cintai setulus hati :(

kekerasan ?

perlu ka laki gunakan kekarasan pada wanita?
rasanya xperlu kot..
sebelum nak bertindak dengan cara menyakiti orang lian
seelok2nya fikir la dengan tenang apa salah kita
kalau dah orang tu cakap xnak jadi paham2 la..

Sunday 11 September 2011

jangan tiru kalau xtaw meniru :)

Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste.

Friday 9 September 2011

lelaki handsome vs lelaki x handsome :)


Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat...
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...


Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni? 

benarkah cinta itu menyakitkan ?

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.

Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.


Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.

Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.

6 reason why sweet to be single :)


1. Bebas dan berdikari
Jika terasa ingin membeli belah, jangan fikir lama-lama. Dengan kebebasan yang ada, anda boleh membuat apa sahaja yang anda suka, sama ada menonton wayang romantiks seorang diri atau ke salun kecantikan. Jika teringin mencuba stail rambut baru, pergilah ke salun dan dapatkan nasihat. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu.


2. Jadi rakan yang baik
Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, anda mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Anda boleh ke spa bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time
Dengan banyak masa terluang, anda boleh membuat kerja part-time. Bukan sahaja memberi wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang baru. mungkin anda bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru. Anda boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, anda tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 speselseperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab

Anda tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapabya mempunyai impresi positif terhadap anda. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend anda.

Tuesday 6 September 2011

single ..

single tu mmg menyakitkan...
tapi xda pa yg perlu aku pertahankan lagi dalam hubungn ni..
dalam diam bukan aku ja kan yg salah..
kalau dia baik sangat dia xkan buat FB satu lagi,,
tanpa pengetahuan aku..
xpala..mungkin Allah nak tunjuk kebenaran tu kat aku hari ni..
okayy ! aku terima saja..
pa pon aku dah wat keputusan kalau aku ni terbaik untuk dia
insyaAllah dya akan datang blik kat aku..