Wednesday 25 April 2012

jangan tanya kenapa..

jangan tanya kenapa saya meluat awak !
banyak sebab saya meluat awak..
awak tak pandai jaga haty orang
tapi nak orang jaga haty awak..
banyak lagi la pasal awak yang wat saya rasa saya memang macam SAMPAH bg awak..

kata hati

kadang kadang hati aku ni kuat berazam agar lupakanlah hang yang pernah berada dihati ini..
kata hati ini tak guna lagi ingat orang yang dah tak nak aku..
tak guna lagi letakkan harapan pada orang yang entah dapat memenuhi apa yang aku harapkan..
tapi setiap kali itu jugalah hati aku ni terus ingin hang tetap disitu..
ingin tetap bayangkan hang macam waktu kita bersama
tapi hakikat yang perlu aku terima sekarang kita memang TAK BERJODOH..
hang sendiri yang cakap apa pon hang tetap tak boleh nak ada hubungan dengan aku..
kadang kadang hati aku ni cakap mungkin juga aku ni tempat ang suka suka..
bila hang rasa sunyi hang datang
bila hang rasa hang dah ada kawan dah bahagia aku ni hang biaq terkapai kapai macam tu ja..dah la aku fikir xpayah la aku nak terhegeh hegeh pada yang tak sudi..
aku masih sayang HANG ..

Tuesday 17 April 2012

hai perempuan

kasihan seorang perempuan.

diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.

kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.

berhijab-- tak cukup labuh.
tanpa tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu sana sini.
curang-- dicanang keji.

terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.

orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.

aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.

*pause*

kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma keadilan dalam pertimbangan.

baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah. beri nasihat itu ini pada wanita tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.

contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.

apa cerita?

apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.

"abang hendak saya jadi apa?"

hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mertilah laparnya pada emping.

soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"

kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.

kita yang pilih kita siapa.

*pause*

wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.

apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.

sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.

simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.

kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.

berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.

*pause*

kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.

kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.

kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga. - Fynn Jamal

Monday 16 April 2012

kerja di petronas :)

amboi cuti2 sem ni elok la kan kita cari keja..tak larat nak minta duit kat mak ja.. nak beli apa2 pon payah kan.. :)..ok la ni mula la kerja aku kat peronas..hahaha..agak malu jga la kan masa kena keja jaga pam kat luaq tu..hahaha..siap ada yang tanya indon ka ?
amboi2 muka cek ni nampak indon sangat ka [akcik :'(
sedeyh2 cek..apa2 pon ok la juga keja situ.. staff dia ok2 kan..

maafkan saya

awak,,
mungkin tugas saya dah selesai untuk jaga diri awak..
dah ada insan yang boleh jaga awak selain saya..
saya minta maaf sampai sini saja saya boleh tengok awak ya :)